*SEBAHAGIAN penunjuk perasaan berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam. |
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 orang menyertai demonstrasi itu yang berlangsung semalam.
Mereka berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat oleh ratusan anggota polis.
Demonstrasi tersebut berlangsung dalam suasana aman.
Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh sebuah parti politik berteraskan Islam, Parti Keadilan Sejahtera yang melaungkan slogan anti-AS.
Ramai antara mereka memakai jubah putih dan membawa sepanduk yang membidas kebebasan bersuara di AS.
Protes terhadap filem tersebut turut diadakan di beberapa buah bandar lain di Indonesia baru-baru ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment