My Add

Monday 29 October 2012

3 maut di JambatanPulau Pinang

PULAU PINANG, AHAD, 28 Oktober, 2012: Keseronokan percutian empat sekawan sempena cuti perayaan berakhir dengan tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh tembok penghadang Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.6 menghala ke tanah besar di sini awal pagi ini, sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Dalam nahas pukul 3.15 pagi itu, mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta Proton Perdana, Sadisafizan Said dari Selayang dan penumpang hadapan Muslim Idwar dari Gombak. Kedua-duanya yang berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Seorang lagi yang turut maut ialah gadis warga Indonesia dikenali sebagai Mai Linda berusia 18 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pukul 10.30 pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment