My Add

Monday 29 October 2012

ATM dibakar, wang gagal larikan

*BEBERAPA orang anggota bomba memeriksa mesin ATM yang dibakar oleh
penjenayah di sebuah bank di Sunway, semalam.

Oleh ANGELINA SINYANG
PETALING JAYA, AHAD, 28 Oktober, 2012: Sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan suasana sunyi dan lengang pada awal pagi untuk menyamun wang mesin pengeluaran automatik (ATM) dari sebuah bank di Sunway PJS 8 di sini hari ini.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek bertindak membakar dua mesin ATM tetapi gagal memecah dan melarikan wang di dalamnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kumpulan penjenayah itu turut panik dan melarikan diri selepas alat penggera keselamatan di bank tersebut berbunyi.

"Polis mengesyaki penjenayah cuba membakar dua mesin ATM tersebut untuk membolehkan mereka memecah dan mengambil wang di dalamnya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment