My Add

Monday, 1 October 2012

Banjir di Pendang beransur surut

ALOR SETAR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Banjir yang melanda 10 kampung di Pendang semakin surut namun 206 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan tidak dibenarkan pulang sehingga keadaan selamat.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Pendang, Mohd Izudin Inusneah berkata, sehingga jam 11 pagi ini semua mangsa masih berada di Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini. 

"Mereka yang dipindahkan membabitkan 57 keluarga dari Kampung-Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar, Bonggol Besi, Sukamari, Alor Punti, Pondok Haji Husin, Tanjung Radin, Tanah Merah Dalam dan Lubuk Gajah," katanya ketika dihubungi.

Mohd Izudin berkata, air Sungai Pendang pagi ini berada pada paras 2.7 meter selepas mencatat sedalam 2.85 meter semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment