My Add

Monday 1 October 2012

Tindakan kepada penjual ikan hasil tuba

TEMERLOH, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Jabatan Perikanan Malaysia memberi amaran untuk mengambil tidakan tegas terhadap mereka yang memungut ikan yang dituba dan menjualnya kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Adnan Hussin berkata, mengikut peraturan mengikut Akta Peraturan Pencemaran Sungai 1991, Jabatan Perikanan berhak menahan sesiapa saja yang memungut ikan hasil tuba walaupun kegiatan menuba dilakukan orang lain. 

"Mereka yang terbabit boleh didakwa di mahkamah serta boleh dikenakan denda RM500 atau dua tahun penjara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan terpaksa bertindak tegas berikutan banyak ikan hasil tuba dijual kepada orang ramai.

Adnan berkata, tahun lalu Jabatan Perikanan Pahang menerima 17 aduan mengenai kegiatan menuba ikan di Temerloh dan Maran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment