My Add

Wednesday 17 October 2012

Barangan kemas lebih RM50,000 dilarikan perompak

IPOH, RABU, 17 Oktober, 2012: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tiga tukul besi melarikan barangan kemas bernilai lebih RM50,000 daripada sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, ketika kejadian pada pukul 1.15 petang itu, hanya pemilik kedai, pekerja dan pengawal keselamatan berada dalam kedai itu.

"Pengawal keselamatan dan pekerja premis itu diacukan pistol dan mengarahkan mereka baring di atas lantai," katanya ketika di hubungi hari ini.

Beliau berkata, tiga daripada lelaki itu bertindak memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi sebelum melarikan diri bersama barangan kemas dengan menaiki dua motosikal yang diletakkan di hadapan premis.

Dzuraidi berkata, polis kini memburu kesemua suspek yang dipercayai rakyat tempatan dan akan meneliti rakaman CCTV yang dipasang dalam premis berkenaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment