PETALING JAYA, ISNIN, 01 0ktober, 2012: Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang milik seorang persara membabitkan jumlah RM258,000.
K. Sasi Kumar, 40, didakwa melakukan pecah amanah wang milik J. Augustine Mary, 66, di Firma Tetuan Sasikumar Dan Associates, Suite 760A, Tingkat 7, Blok A1, Leisure Commerce Square, No.9, PJS 8/9, 46150, di sini, di antara 16 Ogos 2006 hingga 19 Oktober 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam, Salim Bashir. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment