My Add

Monday 1 October 2012

777 pelajar asing ditahan sehingga Ogos lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Seramai 777 penuntut asing ditahan antara tahun 2011 hingga Ogos tahun ini atas pelbagai kesalahan jenayah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop.

Beliau berkata antara kesalahan melibatkan penuntut asing itu ialah mendatangkan kecederaan, mencuri, terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan jenayah komersial.

Abu Seman berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2011, sebanyak 11 kes iaitu tiga mendatangkan kecederaan dan lapan kes curi direkod dengan 16 tangkapan.

“Pada tahun lepas juga, seramai 128 pelajar asing ditahan berkaitan penyalahgunaan, penyeludupan serta pengedaran dadah dan 305 orang pula ditahan membabitkan jenayah komersial.

“Manakala dalam tempoh lapan bulan tahun ini, seramai 101 pelajar asing ditahan atas kesalahan dadah dan 227 orang membabitkan jenayah komersial," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (BN-Mukah) mengenai bilangan penuntut asing yang ditahan atas pembabitan jenayah pada 2011 dan 2012. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment