My Add

Sunday 28 October 2012

Berkorban, pertahan tapak Masjid Bayan Mutiara

PULAU PINANG, SABTU, 27 Oktober, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO negeri dan anak-anak kariah Bayan Baru hari ini mengadakan ibadah korban di tapak Masjid Bayan Mutiara yang telah dijual bagi menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempertimbangkan semula pembinaannya di tanah berkenaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan berkata, kerajaan negeri telah mengorbankan tapak masjid berkenaan dengan menjualnya kepada pihak swasta.

Oleh itu, tegasnya, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pihak Pemuda UMNO negeri dan anak-anak kariah Bayan Baru berganding bahu bersama 'berkorban' demi memastikan sebuah masjid dibangunkan di tanah berkenaan.

"Kerajaan negeri jangan terlalu rakus menjual semua tanah di negeri ini sehingga tapak masjid juga turut dijual. Setelah lebih empat tahun mentadbir negeri ini, tiada satu pun masjid baharu dibangunkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment