My Add

Sunday 28 October 2012

Jual aset PKNS seperti ada ‘udang di sebalik batu’

KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Oktober, 2012: Hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggadai aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat seperti ada `udang di sebalik batu’.

Setiausaha Agung Jalur Tiga (Jati), Norman Toha berkata, pelbagai andaian boleh diterjemahkan daripada tindakan tersebut terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya rasa ada sesuatu yang hendak disembunyikan sama ada melalui transaksi atau hasil laba yang ingin diraih hasil penjualan aset itu. Menjelang pilihan raya umum akan datang, saya melihat kebanyakan parti politik memerlukan dana besar.

“Saya khuatir kemungkinan kerajaan negeri Selangor sudah nampak saat-saat akhir pentadbiran mereka. Takut-takut ada budaya sebelum terlepas, baik sapu (kaut untung). Ini budaya kurang sihat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment