My Add

Monday 29 October 2012

Cadangan tubuh pasukan khas atasi sindiket penipuan warga asing

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Oktober, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dicadangkan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani secara khusus sindiket penipuan warga asing terutamanya warga Afrika yang kini semakin serius.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penubuhan pasukan khas itu diperlukan kerana sindiket tersebut mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa dan telah berakar umbi di negara ini.

"Kerajaan perlu mengambil pendirian yang lebih tegas dalam isu ini kerana itu, saya mencadangkan sebuah pasukan khas ditubuhkan di bawah KDN untuk menggembleng sumber dan tenaga daripada agensi-agensi berkaitan bagi membanteras sepenuhnya sindiket tersebut," katanya semalam.

Semalam, Laporan Khas Utusan Malaysia mendapati kegiatan penipuan warga asing khususnya rakyat Afrika semakin serius apabila jumlah kerugian sebanyak RM500 juta direkodkan tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment