My Add

Monday 29 October 2012

GLC lupa daratan enggan bantu media bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Oktober, 2012: Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dilihat lupa daratan ekoran keengganan membantu pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketua-ketua pegawai eksekutif GLC merasakan satu kesalahan dan tidak berada pada 'standard' antarabangsa jika membantu industri media cetak dan orang Melayu sendiri.

''Dalam konteks Malaysia, orang Melayu yang paling ramai dan kaum yang tertinggi dalam soal kuasa membeli.

''Sebaliknya bagi GLC-GLC tempatan, mereka merasakan tiada 'kelas' atau 'standard' untuk memberi pengiklanan kepada akhbar berbahasa Melayu dan lebih terbuka untuk memberikan kepada akhbar lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment