My Add

Sunday 28 October 2012

Calon boleh bersedia awal

KUALA LUMPUR, 28 Okober, 2012: Parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin pengumuman awal nama calon memberi peluang kepada akar umbi dan jentera pilihan raya parti membuat persediaan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata langkah itu juga membolehkan bahagian, cawangan, pusat mengundi, selain calon sendiri membuat persediaan lebih awal.

Saya setuju (nama calon) diumumkan awal kerana apabila terlalu lewat dan hampir dengan pilihan raya peringkat bahagian, cawangan dan pusat mengundi tiada masa untuk melakukan pengubahsuaian, katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Kelmarin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua parti komponen BN dijangka mengumumkan satu atau dua minggu lebih awal nama calon bagi PRU-13.

Beliau berkata, langkah itu kini sedang dikaji secara mendalam kesesuaian dan kesannya bagi mengelak timbul terlalu banyak polemik serta perbuatan sabotaj di kalangan ahli dan pemimpin parti.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, turut berpendapat langkah itu akan memberi banyak kelebihan khususnya kepada bakal calon untuk membuat persediaan sepenuhnya.

Selain itu, pengundi juga berpeluang mengetahui calon berkenaan.

Bagaimanapun perkara ini memerlukan kajian terperinci supaya tidak memberi kesan negatif kepada BN, katanya.

Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata setakat ini belum ada parti komponen BN mengumumkan dan mengesahkan calon mereka.

"Selepas dipilih parti, senarai nama akan dikemukakan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, terpulang kepada beliau bila mahu mengumumkannya, katanya. - BH

No comments:

Post a Comment