My Add

Monday 29 October 2012

Coklat takluki dunia

PARIS, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Coklat kini menakluki dunia baru dengan jualan yang semakin meningkat dari Asia hingga ke Brazil.

Kira-kira 95 tan coklat dinikmati di seluruh dunia setiap saat atau tiga juta tan setahun, kata satu perangkaan yang diberikan pameran tahunan Salon du Chocolat, di Paris Rabu lalu.

Globalisasi coklat juga melanda Jepun apabila jualan tahunan meningkat sehingga 25 peratus dengan pembuat coklat Perancis diraikan seperti bintang manakala rakan mereka di Jepun kini antara yang terbaik di dunia.

Jepun beralih kepada coklat sejak sedekad lalu dengan Salon coklat didapati di tujuh bandar raya berbeza, kata pengasas bersama pameran Paris itu, Fracois Jeantet, yang turut menganjurkan 21 acara lagi dari New York hingga ke Shanghai.

Bagi pameran fesyen tahunan Salon memaparkan pakaian coklat bersaiz sebenar, model tahun ini adalah inspirasi kimono yang dihasilkan pembuat coklat Perancis, Frederic Cassel, yang memiliki tiga kedai di Jepun.

Kami mahu meluahkan tradisi Jepun, dengan bunga ceri dalam pakaian berlengan panjang bersama bunga coklat, kata Cassel yang bertanggungjawab terhadap rekaan oleh seorang pelajar fesyen muda, Audrey Lempeseur.

Pakaian seberat 15 kilogram yang mengambil masa sebulan untuk dihasilkan hanya disarungkan sejurus sebelum persembahan untuk memastikan ia tidak cair di bawah lampu sorot. Selepas itu ia adakan dihantar terus ke Jepun.

Menurut Presiden Chocolate Cruchers Club, Jacques Pessis yang memberi anugerah bagi coklat terbaik dunia setiap tahun, Perancis dan Jepun kini adalah pakar dalam permainan ini.

Kira-kira 30 tahun lalu coklat Belgium dan Switzerland menakluki dunia. Coklat Perancis lebih dikenali di dunia. Dan semakin ramai pembuat coklat Jepun mendapat inspirasi dari Perancis yang benar-benar cemerlang.

Selain Jepun, jualan coklat juga meningkat sehingga 30 peratus setiap tahun di China manakala India, walaupun satu daripada dua penduduknya tidak pernah menikmati coklat, pertumbuhannya sebanyak 20 peratus.

Hampir setiap negara di dunia kini menjadi sebahagian daripada perdagangan coklat termasuk negara Asia dan potensi pasaran mereka, kata Jeantet dan rakan pengasasnya, Sylvie Douce.

Enam firma multinasional menguasai 85 peratus pasaran coklat antaranya Hershey, Mars, Philip Morris, Nestle, Cadbury dan Ferrero. - AFP

No comments:

Post a Comment