My Add

Monday 29 October 2012

Kes saman Ramasamy terhadap wartawan selesai

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar tersebut atas dakwaan menerbitan dua artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau, diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk VT Singham setelah Ramasamy dan Ian Mcintyre serta Star Publication (M) Bhd. mengesahkan perkara itu.

Terma penyelesaian itu bagaimanapun tidak didedahkan. Ramasamy selaku plaintif menamakan Ian Mcintyre dan Star Publication (M) Bhd. sebagai defendan.

Perkataan-perkataan di dalam artikel tersebut menurut Ramasamy, membawa maksud bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak sah, tidak berwibawa, tidak bermoral dan tidak jujur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment