My Add

Monday 29 October 2012

Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Selepas lima hari diburu polis, seorang lelaki yang disyaki dalang utama kes kecurian telefon pintar Samsung Galaxy Note II bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal akhirnya menyerah diri di Balai Polis Sepang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek berusia 42 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah dan merupakan pekerja sebuah syarikat penghantaran kargo itu hadir bersama seorang peguam ketika menyerah diri petang ini.

Katanya, polis percaya dia ialah dalang utama yang merancang jenayah itu bersama empat lagi suspek yang masih diburu dan telah dikenal pasti identitinya.

Menurut beliau, penahanan suspek yang terbaru itu menjadikan jumlah individu yang ditahan berhubung kes tersebut setakat ini adalah seramai 13 orang.

Katanya, empat suspek yang diburu ialah U. Chalan, 23, dari Jalan Klang Lama; J. Aravindan, 29, dan J. Pratib, 22, dari Bandar Baru Nilai serta N. Selvakumar, 30, dari Taman Desa Cempaka, Nilai.

“Dalang kes itu telah membuat perancangan rapi dengan mengarahkan ahli sindiket menyamar sebagai wakil syarikat untuk mengeluarkan barangan daripada gudang simpanan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment