My Add

Monday 29 October 2012

Mohammed Razin bukan anak peneroka - Mohd. Isa

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Mohammed Razin Shaaban, 28, seorang daripada dua lelaki rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda yang ditahan di Beirut Hamra, Lebanon baru-baru ini bukan anak peneroka sebaliknya bapanya bertugas sebagai kakitangan Felda.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau mengesahkan Mohammed Razin pernah belajar di kolej Yayasan Felda tetapi gagal menamatkan pengajiannya.

"Dia (Mohammed Razin) patut belajar setahun, tetapi dia cuma belajar selama sembilan ke 10 bulan sahaja dan kita (Felda) difahamkan dia mendapat tawaran bekerja di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Melaka.

"Ibu-bapanya pernah meminta anaknya kalau bekerja pun dibenarkan mengambil peperiksaan dan pihak kolej bersetuju tetapi sewaktu peperiksaan dia tidak hadir.

"Selepas tidak lagi belajar di kolej kita dan bekerja di LLP, dia bukan lagi dibawah tanggungjawab kita," katanya selepas program Transformasi Komuniti: Felda Dihati, Janji Ditepati peringkat Felda Wilayah Kuantan di Felda Bukit Goh, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment