My Add

Sunday 28 October 2012

Dua rakyat Malaysia ditahan di Beirut

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Oktober, 2012: Dua lelaki rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda ditahan di Beirut Hamra, Lebanon kelmarin, kerana disyaki merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan.

Suspek, Rafik Mohammed Aaref dan Mohammed Razin Shaaban ditangkap oleh perisikan tentera darat di sebuah hotel di Beirut Hamra.

Kedua-dua mereka kemudian diserahkan kepada Tribunal Ketenteraan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber polis mengesahkan penahanan dua lelaki rakyat Malaysia itu.

Sumber itu memberitahu, polis sudah maklum mengenai penahanan itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai mereka.

"Kita sudah tahu tentang penahanan mereka dan tujuan mereka pergi ke Lebanon.

"Perkara tersebut masih dalam siasatan tetapi maklumat terperinci mengenainya tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan," kata sumber itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment