My Add

Sunday 28 October 2012

Perkampungan Rohingya musnah di Kyaukpyu

*ASAP tebal di sebuah perkampungan Rohingya yang terbabit dalam konflik 
agama an etnik di Kyaukpyu berhampiran Sittwe, baru-baru ini. - AGENSI
SITTWE, Myanmar, SABTU, 27 Oktober, 2012: Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) hari ini melahirkan kebimbangan ke atas keselamatan beribu-ribu penduduk Islam di Rakhine selepas beberapa imej satelit menunjukkan satu perkampungan di kawasan perairan di barat Myanmar musnah dalam keganasan sejak seminggu lalu.

Imej yang dikeluarkan HRW itu menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan Kyaukpyu yang penduduk utamanya adalah puak Rohingya beragama Islam, merupakan antara beberapa kawasan di mana berlakunya konflik agama dan etnik.

Lebih 811 buah bangunan dan rumah bot di Kyaukpyu musnah dalam kebakaran pada 24 Oktober lalu, menyebabkan kebanyakan penduduk Rohingya melarikan diri ke utara iaitu ke Sittwe. - AGENSI

No comments:

Post a Comment