My Add

Monday, 1 October 2012

Enam lagi maut di selatan Thai
*KaAKITANGAN hospital merawat seorang penduduk kampung yang cedera dalam
satu kejadian letupan bom di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, kelmarin. - AFP

BANGKOK, AHAD, 30 September, 2012: Beberapa insiden letupan dan tembakan, selama dua hari sejak semalam di wilayah selatan Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala 27 yang lain cedera, menurut polis hari ini.

Semalam, seramai lima orang ditembak mati, manakala berbelas-belas yang lain cedera dalam beberapa serangan keganasan di tiga wilayah bergolak Pattani, Yala dan Narathiwat.

Di Pattani, tiga orang ditembak mati oleh lelaki bersenjata dalam beberapa kejadian berasingan, melibatkan seorang anggota polis beragama Islam dan dua anggota sukarelawan.

Insiden tembakan di Yala turut menyaksikan seorang wanita maut, manakala suaminya cedera.

Menurut polis, letupan dua butir bom tangan jenis M-79 yang dilempar oleh kumpulan militan ke dalam sebuah pasar sesak di Narathiwat, menyebabkan 23 cedera.

Awal pagi ini, seorang remaja lelaki beragama Islam ditembak mati di Yala, manakala seorang wanita dan anak perempuannya cedera dalam satu serangan di wilayah yang sama.

Siri serangan tersebut berlaku seminggu selepas enam orang terbunuh, manakala lebih 40 cedera dalam satu insiden letupan bom kereta di pekan Sai Buri di Pattani. - AFP

No comments:

Post a Comment