Harga hartanah dijangka terus meningkat
KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Kaji selidik PropertyGuru mendapati hampir 70 peratus responden menganggap harga hartanah tempatan akan meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.
Kaji selidik yang dijalankan oleh laman sesawang itu juga mendapati hampir 36 peratus daripada responden percaya pemaju hartanah memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos pembinaan yang semakin meningkat, sekali gus menentukan harga akhir kepada pengguna.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, John Paul Sta Maria berkata, kuasa beli warga asing turut menjadi faktor kenaikan harga kediaman di negara ini, berdasarkan Kajian Sentimen Hartanah Malaysia suku kedua tahun 2012.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan dilaporkan merancang menaikkan harga minimum bagi harta kediaman yang layak dibeli oleh warga asing dari RM500,000 ke RM1 juta. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment