My Add

Monday 15 October 2012

Felda banyak membantu rakyat - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, AHAD, 14 Oktober, 2012: Felda telah banyak membantu rakyat terutama dari negeri ini dan para peneroka perlu berterima kasih kepada kerajaan yang telah mengadakan program tanah rancangan itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kejayaan program pembangunan tanah tersebut telah mengubah hidup rakyat pada hari ini.

Beliau berkata, nikmat tersebut telah dirasai oleh rakyat terutama dari negeri itu kerana sebahagian besar peneroka adalah berasal dari Kelantan dan ditempatkan di tanah-tanah rancangan tersebut.

"Kalau tidak salah saya kira-kira 50 peratus peneroka Felda Jengka adalah berasal dari Kelantan dan Felda adalah satu gagasan yang baik.

"Sumbangan Felda telah banyak membantu negara seperti hasil minyak sawit yang menyumbang kepada pendapatan negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Janji Ditepati Felda di Klinik Kesihatan Chiku 3, di sini hari ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment