My Add

Monday 29 October 2012

Gangguan bekalan elektrik di KKIA satu pengajaran

KOTA KINABALU, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Malaysia Datuk Roselan Johar Mohamed berkata, gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis lepas adalah pengajaran berharga untuk semua.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak beliau berharap insiden itu tidak akan berulang memandangkan "Sabah menyasarkan untuk menjadi hab pengangkutan udara di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Bagaimanapun, Roselan, yang memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan keperluan meningkatkan hubungan udara di rantau ini, berkata pihak yang berkenaan harus ikhlas menerima kritikan dengan hati yang terbuka, memandangkan insiden gangguan elektrik di landasan KKIA adalah serius, untuk kebaikan rakyat, kerajaan negeri dan negara.

"Gangguan elektrik ini adalah sesuatu yang tidak harus berlaku, jika pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara berjadual.

"Walaupun mereka tidak melihat sebarang kerosakan, ia masih perlu diperiksa dan diselia secara berterusan iaitu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan rutin," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment