My Add

Monday 29 October 2012

Pemohon BR1M dijangka meningkat 10 peratus

KUALA LUMPUR, ISNIN,  29 Oktober, 2012: Bilangan isi rumah yang layak memohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini dijangka meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sebahagian besar pemohon baru itu terdiri daripada rakyat yang memenuhi kriteria tetapi tidak mengemukakan borang permohonan pada 2011.

"Pemohon baru boleh memuat turun borang permohonan BR1M menerusi laman web Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mendapatkannya di lokasi-lokasi yang ditetapkan mulai 1 November ini.

"Mereka yang telah menerima BR1M tidak lagi perlu mengemukakan borang permohonan dan kita akan memulakan proses pembayaran pada Januari depan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pada tahun ini, kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM2.15 bilion menerusi BR1M kepada 4.35 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment