My Add

Monday 1 October 2012

Gerakan, MCA perlu perhebat kerjasama

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Parti Gerakan perlu memperhebatkan kerjasama dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA bagi membantu BN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agungnya, Teng Chang Yeow berkata, kerjasama antara Gerakan dan MCA merupakan antara asas kepada kejayaan BN pada pilihan raya umum nanti.

Sambil menggesa ahli serta pemimpin-pemimpin parti melupakan ‘pergeseran’ yang pernah dihadapi kedua-dua parti itu sebelum ini, Chang Yeow berkata, dalam senario politik semasa, kedua-dua parti tersebut tidak lagi boleh diasingkan.

“Kita perlu bekerjasama dengan MCA untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. Kita tidak boleh lagi mengasingkan diri daripada MCA.

“Saya tahu dulu pernah wujud ‘krisis’ antara Gerakan dan MCA, tetapi ia sudah berlalu. Pemimpin-pemimpin terdahulu juga telah meninggalkan parti, mengapa kita masih ada fikiran lama, kita harus bergerak ke hadapan dan melihat hanya kerjasama dengan MCA mampu memacu kemenangan Gerakan serta BN," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment