My Add

Monday, 1 October 2012

Insentif sektor O&G pemangkin tingkat pelaburan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Insentif yang diberikan kepada sektor minyak dan gas (O&G) dalam Belanjawan 2013 mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan pelaburan dari dalam dan luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah.

Beliau berkata setiap pelaburan yang diterima bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan ekonomi malah mengukuhkan ekosistem dan membentuk peluang lain seperti pertukaran teknologi untuk memacu industri ke tahap lebih tinggi.

"Dalam konteks pekerja pula, kita perlu mempunyai tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran sesuai untuk industri bernilai tinggi pada masa depan," katanya kepada pemberita di Forum Megatrends Khazanah 2012 di sini hari ini.

Sementara itu, Husni berkata Malaysia dapat memenuhi belanjawan defisit fiskal 4.0 peratus pada tahun depan dan 3.0 peratus menjelang 2015 daripada 4.7 peratus sekarang.

Katanya kerajaan akan memastikan perbelanjaannya menghasilkan keputusan yang diingini yang memberi kesan berganda terhadap ekonomi.

Beliau berkata perolehan negara ini sangat tekal dan kutipan perolehan biasanya melepasi pemuliharaan sasarannya setiap tahun.

"Tidak ada masalah untuk memastikan defisit fiskal kita dikurangkan kepada 3.0 peratus menjelang 2015 bagi mencapai belanjawan berimbang dan lebihan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment