My Add

Sunday 14 October 2012

Jawatankuasa bertindak bantu peminjam Ah Long

GEORGETOWN, AHAD, 14 Oktober, 2012: Satu jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan di sini bulan lalu berjaya menyelesaikan 15 daripada 30 aduan berhubung pinjaman Ah Long.

Ketua Pemuda Pusat Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, pihaknya menerima aduan yang membabitkan jumlah hutang peminjam antara RM10,000 hingga RM200,000.

"Kita janji boleh tolong dengan syarat peminjam sanggup bayar keseluruhan wang yang dipinjam. Perkara lain boleh kita rundingkan dengan Ah Long," katanya kepada pemberita di sini.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh sayap Pemuda membabitkan PCM, MCA dan Gerakan Pulau Pinang.

Liew hari ini menyampaikan barangan dapur kepada 30 keluarga kurang mampu di Padang Tembak di sini.

Beliau berkata, bantuan itu adalah hasil sumbangan dua peminjam Ah Long yang berjaya melangsaikan hutang mereka menerusi pertolongan jawatankuasa terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment