My Add

Tuesday 2 October 2012

JPAM latih penduduk Perlis aspek pertolongan cemas

KANGAR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yakin akan dapat melatih 6,000 orang penduduk di Perlis dengan kemahiran asas pertolongan cemas sebelum akhir tahun ini.

Pengarah JPAM Perlis, Ishak Mohd Radzi berkata, sehingga 30 September lalu seramai 5,643 orang awam telah dilatih dan sudah hampir memenuhi matlamat sasaran bagi tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan awam Perlis di Dewan Warisan di sini hari ini, beliau berkata, JPAM akan memastikan sebanyak mungkin penduduk negeri ini diberi pendedahan tentang cara memberi pertolongan cemas.

Ishak berkata dengan kemahiran tersebut orang ramai akan dapat membantu jika berlaku kes-kes yang memerlukan pertolongan cemas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment