My Add

Tuesday 2 October 2012

Suhakam pantau perjalanan pilihan raya kampus UIAM

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
GOMBAK, SELASA, 02 Oktober, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini dijemput untuk memantau proses pilihan raya kampus pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, dia bersama empat lagi wakil akan berada di UIAM untuk memantau perjalanan pilihan raya di kampus Gombak sahaja.

"Pihak UIAM mendapat maklum balas daripada para calon bertanding yang mahukan pemantau bebas berada pada sesi pilihan raya kampus di sini.

"Jadi semalam, kami dijemput untuk menjadi pemantau bebas semasa proses pilihan raya kampus yang diadakan semula secara manual selepas sistem e-undi mereka mengalami masalah teknikal minggu lepas.

"Kami juga akan memantau semasa proses pengiraan undi untuk memastikan ia dijalankan secara adil dan telus," kata Muhammad Sha'ani di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr. Mizan Hitam dalam satu sidang akhbar berlainan berkata, pihaknya akan mengadakan siasatan lanjutan terhadap masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem e-undi mereka.

"Kita masih tidak pasti sama ada sistem maklumat kami digodam atau disabotaj. Apa pun kami akan adakan siasatan susulan. Ia akan dijalankan oleh pakar kami daripada Kuliyyah Teknologi dan Sains Maklumat, dan jika perlu kami akan memanggil pakar dari luar," kata Mizan. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment