My Add

Sunday 28 October 2012

Kabinet Sabah tunggu laporan KKIA

KOTA KINABALU, AHAD, 28 Oktober, 2012: Kabinet Sabah sedang menunggu laporan penuh daripada Malaysia Airports Berhad (MAB) mengenai gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis yang menyebabkan pembatalan penerbangan dan ribuan penumpang terkandas.

Semasa menggesa bagi laporan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, MAB juga perlu menggariskan langkah yang perlu diambil untuk memastikan gangguan bekalan elektrik tidak berulang.

"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan masalah itu tidak sepatutnya mengambil masa yang lama untuk diatasi. Ini telah menjejaskan ribuan penumpang dan mungkin mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan,” kata Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, dalam kenyataan beliau di sini hari ini.

MAB, semalam dipetik sebagai berkata, masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA telah mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada pukul 9.30 malam pada Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment