My Add

Sunday 28 October 2012

Pusat Penyembelihan perlu ditambah di Sarawak

KUCHING, AHAD, 28 Oktober, 2012: Pusat penyembelihan dan pemprosesan daging di Sarawak perlu ditambah bagi menampung permintaan yang meningkat terutama pada musim perayaan, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Putit Sulaiman.

Beliau berkata, pusat penyembelihan sedia ada Sarabif, Bintawa, dekat sini tidak mampu menampung keperluan pada musim perayaan dan seterusnya melambatkan perjalanan proses penyembelihan.

"Setiap tahun jumlah penyembelihan ternakan korban akan bertambah. Kita perlu wujudkan satu atau lebih lagi pusat penyembelihan bagi mengurangkan masa menunggu.

"Sebagai contoh untuk raya korban kali ini, kita sendiri terpaksa menunggu giliran walaupun rancangan awal majlis sepatutnya diadakan semalam,” katanya pada Majlis Perasmian Pengagihan Daging Korban 2012 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mencadangkan badan seperti Baitulmal diberi peranan menyelaras, mengendali pusat penyembelihan, serta mengurus perjalanan aktiviti korban pada masa hadapan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment