My Add

Monday 29 October 2012

Kastam rampas rokok seludup, tiruan RM31.5 juta

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Malaysia merupakan negara ketiga di kalangan Asean yang mengenakan cukai tinggi terhadap penjualan rokok sekali gus menjadikannya sasaran pengeluar rokok seludup murah, dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatat nilai rampasan bahan itu RM31.5 juta pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata, jumlah itu hasil rampasan lebih 400 juta batang pelbagai jenis rokok seludup sejak awal tahun ini dengan nilai cukai RM193.34 juta.

Kecuali Singapura dan Brunei, beliau berkata, rokok itu secara purata dijual pada harga RM10 sekotak di negara ini namun lebih murah di negara Asean lain iaitu RM1.02 sekotak di Kemboja, Filipina (RM2.30), Indonesia (RM3.67), Vietnam (RM2.75) dan Thailand (RM4.62).

Selain faktor harga tinggi, Matrang berkata, rokok itu berleluasa di negara ini kerana mudah diseludup melalui pesisir pantai dan dijual di kedai runcit, warung serta pasar mini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment