My Add

Monday 29 October 2012

Aktiviti perjudian: Polis Pahang tahan 105 individu

KUANTAN, ISNI, 29 Oktober, 2012: Polis merampas 275 set komputer bernilai RM550,000 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di pusat kafe siber dalam Ops Dadu selama empat hari bermula Khamis lepas di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan 105 individu yang terdiri pemilik premis, pengendali perjudian dan pelanggan dan merampas wang tunai berjumlah RM3,743.

Di Kuantan, serbuan dilakukan ke atas 14 kafe siber, lima di Bera dan dua di Temerloh, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ada antara premis itu pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment