*PAPARAN dinding Facebook Catherine Middleton yang berkongsi pautan dengan laman Facebook BH mengenai kematian kanak-kanak leukemia, Zakuan Anuar, 15 tahun.
KUALA LUMPUR: "Saya amat sedih dengan berita ini. Gambar saya dan Zakwan tersenyum bersama adalah kegemaran peribadi daripada semua gambar sepanjang lawatan rasmi bersempena jelajah (sempena sambutan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II).
|
(I am incredibly saddened by this news. The photos of Kate & Zakwan smiling together were my personal favorites out of all the pictures taken during the Diamond Jubilee tour. My thoughts are with Zakwan's family during this difficult time.)
Demikian ulasan spontan isteri Putera William, Catherine Middleton yang berkongsi pautan ke dalam dinding Facebooknya selepas gambar beliau bersama Zakwan dimuat naik ke dalam Facebook BH Online.
Gambar Kate bersama Zakwan Anuar, 15, yang meninggal dunia kerana leukemia, semalam, dimuat naik kira-kira jam 4 petang tadi.
Catherine membuat ulasan itu kira-kira sejam selepas gambar terbabit dimuat naik ke dalam Facebook BH Online.
Terdahulu, Catherine melahirkan rasa sedih apabila mendapat berita kematian kanak-kanak pesakit leukemia itu selepas melawatnya ketika kunjungan ke Malaysia, baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, Kate menurunkan tandatangan pada kad hari jadi Zakwan dan menyifatkan Zakwan seorang yang berani dan tampan.
Kate mengetahui berhubung kematian Zakwan selepas ibunya, Norizan Sulong menghubungi akhbar United Kingdom, The Sun.
Dalam laporan eksklusif The Sun hari ini, jurucakap Istana St James berkata, pasangan diraja Britain itu sedih selepas mendapat berita kematian Zakwan dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.
Sementara itu, Norizan berkata, semua ahli keluarga berada di sisi Zakwan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Zakwan dikelilingi abang, kakak, bapa, datuk, nenek dan rakan sekolahnya. Kami amat merinduinya,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Doktor yang merawat Zakwan menjangkakan beliau hanya mampu hidup untuk tempoh 48 jam sebelum ini.
Bagaimanapun, selepas bertemu dengan Kate untuk tempoh 15 minit, ia memberikan kekuatan kepada Zakwan untuk bertarung selama lebih dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Narizan juga berkata, beliau dan ahli keluarga mendoakan pasangan diraja Britain itu dikurniakan cahaya mata yang sihat. - BH

No comments:
Post a Comment