My Add

Sunday 28 October 2012

KDN siasat penglibatan dua rakyat M'sia dengan Al-Qaeda-Hishammuddin

KLUANG, AHAD, 28 Oktober, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

"Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan Al-Qaeda)," katanya kepada pemberita selepas program ibadah korban kawasan Parlimen Sembrong di Kampung Sri Tambak, di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong mengulas penahanan dua lelaki rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Lubnan kerana disyaki dalam misi untuk melakukan serangan berani mati dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment