My Add

Sunday 28 October 2012

Polis bantuan trauma rumah dua kali terbakar dalam tempoh 45 hari

BESUT, AHAD, 28 Oktober, 2012: Seorang anggota polis bantuan trauma kerana belum sempat melupakan pengalaman pertama kuartersnya terbakar awal bulan lalu dia menghadapi musibah yang sama di kuarters kedua yang baru didiaminya, petang semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, Mohamad Adnan Hasbullah, 52, yang tinggal bersama empat anak dan isterinya, tinggal sehelai sepinggang apabila hampir semua pakaian dan peralatan rumah yang disedekahkan orang ramai ketika kejadian kebakaran pertama pada 12 Sept lalu turut musnah terbakar.

Tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Raja berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya dan menghalang api daripada merebak ke kuarters bersebelahan, dalam tempoh 55 minit.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat dua kuarters separuh konkrit itu iaitu dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke seluruh bahagian tingkat berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment