My Add

Monday 29 October 2012

Kita bukan sasaran al-Qaeda

*HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kiri) dan orang ramai menadah tangan ketika Pegawai Khasnya, Datuk Firdaus Ismail (tengah) membacakan doa sebelum memulakan penyembelihan lembu korban di Kluang, semalam. - Utusan/HAMDAN TAWADI

Oleh HAMDAN TAWADI
KLUANG, AHAD, 28 Oktober, 2012: Maklumat hasil penahanan dua rakyat Malaysia di Lebanon menunjukkan negara ini tidak menjadi sasaran pengganas.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan mereka yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda adalah satu fenomena baru yang membimbangkan.

Beliau berkata, sebelum ini, rakyat Malaysia dikesan hanya terlibat dengan kumpulan pengganas di rantau ini, justeru penglibatan dalam al-Qaeda itu perlu disiasat secara lebih mendalam.

"Rakyat jangan terlalu bimbang kerana saya boleh mengesahkan, mereka (pengganas) tidak melihat negara kita ini sebagai sasaran. Tetapi dalam masa sama, kita perlu membuat keputusan segera dan kita tidak boleh membiarkan mereka (pengganas) melihat Malaysia walaupun sebagai negara transit atau tempat untuk melakukan perancangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment