My Add

Monday 29 October 2012

Bapa rakyat Malaysia ditahan ke Lebanon

KUALA LUMPUR, AHAS, 28 Oktober, 2012: Bapa kepada Rafik Mohammed Aaref, lelaki rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda yang ditahan di Beirut Hamra, Lebanon baru-baru ini kerana disyaki merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan kini berada di Lebanon untuk bertemu anaknya itu.

Difahamkan, Rafik dan seorang lagi rakan dari Malaysia, Mohammed Razin Shaaban yang ditangkap oleh perisikan tentera darat di sebuah hotel di Beirut Hamra pada 18 Oktober lalu, akan dihadapkan kali kedua di Mahkamah Tentera di Beirut esok.

Sumber polis berkata, pihaknya yang mencari bapa Rafik di rumahnya di Sungai Buloh dekat sini malam tadi, dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa dia sudah berlepas ke Lebanon dua hari lalu.

Menurut sumber itu, hanya adik Rafik berada di rumah kerana ibu bapa mereka sudah berpisah dan tidak tinggal bersama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment