My Add

Tuesday 16 October 2012

Lain diminta lain yang diberi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
 SHAH ALAM, ISNIN, 15 Oktober, 2012: ‘‘Lain yang diminta, lain yang diberi’’. Mungkin itulah yang boleh dikatakan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bercadang mengambil alih hak pemilikan pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan kalangan golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk menjelaskan pinjaman perumahan mereka.

Langkah itu walaupun dilihat prihatin namun hakikatnya tidak memenuhi impian sebenar pembeli-pembeli perbadanan berkenaan.

Ini memandangkan tuntutan sebenar mereka ialah meminta PKNS mengambil alih pinjaman tersebut bagi membolehkan mereka membayar terus kepada anak syarikat kerajaan negeri itu dengan kadar yang lebih rendah dan tidak membebankan mereka.

Tindakan tersebut akan memastikan golongan miskin dan tidak berkemampuan mempunyai peluang memiliki kediaman sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment