My Add

Monday 29 October 2012

Laos masuk WTO, ASEAN semakin kukuh

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 OktOBER, 2012: Malaysia melihat kemasukan Laos ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mampu mengukuhkan lagi usaha ASEAN ke arah integrasi serantau sekali gus memudahkan lagi matlamat menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN pada 2015.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kejayaan itu juga adalah selari dengan reformasi domestik yang dilaksanakan Laos sebagai memenuhi komitmennya di bawah agenda ekonomi ASEAN yang semakin berkembang.

"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada Laos kerana memuktamadkan langkah terakhir untuk menjadi ahli WTO selepas berjuang selama 15 tahun.

Sejak 1997, Laos telah memulakan reformasi domestik bagi bagi memenuhi peraturan WTO di samping melaksanakan transformasi besar-besaran di dalam pelaksanaan perniagaan," katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment