My Add

Monday 29 October 2012

Golf jana RM290 juta pendapatan negara

Ng Yen Yen
KUALA LUMPUR , AHAD,28 Oktober, 2012: Populariti sukan golf kini menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi golf terkenal di rantau ini dengan jangkaan pelancongan golf menyumbangkan pendapatan sebanyak RM290 juta untuk negara tahun ini.

Malaysia yang baru-baru ini dinamakan sebagai Destinasi Pelancongan Sukan Utama Asia oleh World Travel Award mempunyai lebih 200 padang golf di seluruh negara dengan pelaburan sebanyak RM20 bilion.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pelbagai aktiviti dianjurkan kementeriannya bagi menggalakkan pelancongan golf, termasuk penganjuran kejohanan golf CIMB Classic 2012 yang disertai pemain nombor dua dunia, Tiger Woods.

"Kementerian akan terus menggalakkan industri golf tempatan agar bekerjasama menawarkan pakej-pakej golf kreatif yang mampu menarik pelancong bermain di negara ini di samping menikmati keindahan semula jadi, kebudayaan dan masakan tempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment