My Add

Monday 29 October 2012

Lelaki maut terjatuh bangunan

GEORGE TOWN, ISNIN, 29 Oktober, 2012 Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 pangsapuri Taman Lone Pine di Bayan Baru awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian 4 pagi itu lelaki berusia 30-an terbabit mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

"Kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada lelaki itu dan penduduk di kawasan perumahan berkenaan tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Di ALOR SETAR: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kedah di sini setelah dipercayai terjatuh ke sungai itu kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Wanita berusia 54 tahun itu yang dipercayai mengalami sakit jiwa, ditemui lemas oleh orang awam di sungai tersebut tengah hari ini yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, mangsa yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu tinggal di Taman Laguna Mas, Jalan Alor Mengkudu dekat sini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

"Bapa si mati juga telah datang membuat pengecaman mayat tersebut," katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment