My Add

Tuesday 2 October 2012

Malaysia terajui piawaian halal bidang farmaseutikal pertama dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Malaysia menjadi negara pertama di dunia menerajui bidang farmaseutikal berpandukan piawaian halal melalui jenama Malaysian Standards (MS) 2424:2012 Halal Pharmaceuticals.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, usaha berkenaan dikelola Jawatankuasa Industri Standard Halal (ISC I) di bawah Jabatan Standard Malaysia.

Katanya, garis panduan dalam jenama itu akan diguna pakai negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) amnya sebelum diyakini diikuti negara-negara lain.

"Banyak negara sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penggunaan jenama halal ini termasuk Arab Saudi dan China," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan standard halal itu di sini malam ini.

MS 2424:2012 Halal Pharmaceuticals merupakan pembangunan teknologi dalam bidang farmaseutikal dan vaksin menggunakan garis panduan halal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment