My Add

Tuesday 2 October 2012

RM23b bina paip minyak, gas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Industri minyak dan gas dijangka membelanjakan sebanyak AS$7.2 bilion (RM23 bilion) bagi pembinaan saluran paip sepanjang 2,490 kilometer untuk pembangunan laut dalam bagi tempoh lima tahun

Pelaburan tersebut menyaksikan Malaysia mempunyai saluran paip minyak dan gas terpanjang di Asia.

Laporan Perspektif Luar Persisir Minyak dan Gas Asia menjangkakan pembangunan minyak dan gas laut dalam Malaysia akan terus berkembang dengan 84 pelantar tetap dan lapan buah pengeluaran terapung akan dibangunkan antara 2011 hingga 2015.

Lembaga Pengarah Persidangan Teknologi Luar Persisir (OTC), Dr Arnis Judzis berkata, Malaysia dijangka menjadi peneraju pembangunan 'subsea' dengan 57 buah pelantar akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment