My Add

Monday 29 October 2012

MCA Johortekad pertahan Parlimen, DUN

KULAIJAYA, AHAD, 28 Oktober, 2012: MCA Johor bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bertekad mempertahankan lapan kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kesemua ahli jawatankuasa perhubungan parti MCA Johor telah menerima amanat daripada pucuk pimpinan agar bekerja lebih keras untuk memastikan calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan.

"Memandangkan kita akan menghadapi serangan, tohmahan dan fitnah pembangkang, khususnya DAP, pilihan raya kali ini tidak boleh diambil ringan. Kita tidak boleh jadi seperti DAP yang menganggap masyarakat Cina tiada pilihan selain menyokong mereka.

"Kita nak tekankan di sini jika masyarakat Cina di Johor menyokong DAP, mereka akan kecewa dan tertipu kerana parti itu tidak mungkin jadi 'taiko' di Johor sebaliknya akan memberi laluan kepada Pas," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di Sekolah Tinggi Foon Yew (2), di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment