My Add

Monday 29 October 2012

Mahdzir bidas Azizan

PADANG TERAP, AHAD, 28 Oktober, 2012: Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid 'memulangkan paku buah keras' kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyalahkan pihak lain selepas dikritik hebat akibat kegagalan projek pembalakan serta perladangan di Papua New Guinea.

Bekas Menteri Besar Kedah itu secara keras membidas sikap Azizan tersebut yang enggan bertanggungjawab meskipun beliau merupakan ketua kerajaan negeri, sebaliknya menyalahkan pihak pengurusan Kedah Corporation Berhad (KCB) atas kegagalan projek berkenaan.

Beliau juga secara sinis berkata, Azizan layak dipanggil sebagai 'MB tidak tahu' kerana pentadbirannya dilihat banyak kelemahan tetapi sering kali mengatakan tidak tahu terhadap sebarang masalah yang timbul.

"Kalau sudah rugi dalam perniagaan di Papua New Guinea sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sahajalah. Kata dia bertanggungjawab. Beliau selaku Menteri Besar tidak boleh kata dia tak tahu," katanya kepada pemberita pada program korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Felda Lubuk Merbau di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment