My Add

Wednesday 24 October 2012

NFC minta Peguam Negara kaji tindakan sivil

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Barisan peguam bela National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) meminta Peguam Negara mengkaji semula maksud penyelewengan komersial dalam bahagian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berhubung penangguhan Pusat Penyembelihan Kualiti Eksport (EQA).

Firma guaman, Shafee & Co. dalam kenyataannya berkata, pewujudan EQA adalah perkara penting dan kritikal bagi kejayaan pelaksanaan projek NFC.

"Tiada siapa yang membuat kesimpulan bahawa beberapa pihak berkuasa telah melakukan jenayah.

"Bagaimanapun penyelewengan komersial dalam pelaksanaan perjanjian oleh MOA menyebabkan NFCorp perlu mempertahan, antara lain bagi mengelakkan potensi kerugian besar dan berikutan itu, tiada niat untuk berlaku tidak jujur," katanya dalam kenyataan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment