My Add

Tuesday 2 October 2012

Pengurangan harga kereta perlu kajian teliti - PM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Cadangan mengurangkan harga kereta perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar memanfaatkan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, cadangan itu juga perlu dipastikan sama ada dapat meningkatkan daya saing sektor automotif tempatan dalam jangka masa panjang atau tidak.

"Harga kereta ditentukan banyak faktor dan bukan kadar cukai semata-mata.

"Faktor-faktor lain seperti kos pengeluaran, pengangkutan, pengiklanan, pengedaran dan keuntungan syarikat serta pengedar adalah elemen di luar kawalan kerajaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Loy Sian ingin mengetahui berhubung jumlah hasil kutipan duti eksais kereta pada 2007 hingga 2011 serta adakah kerajaan bercadang mengurangkan duti eksais kereta supaya harganya dapat diturunkan seterusnya memanfaatkan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kutipan duti eksais kereta dari 2007 hingga 2011 adalah berjumlah RM30.2 bilion iaitu RM4.7 bilion pada 2007; RM6.2 bilion (2008); RM5.7 bilion (2009); RM7.1 bilion (2010) dan RM6.5 bilion (2011). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment