My Add

Sunday 28 October 2012

Peniaga mahu Kompleks PKNS dipertahankan

 *BANGUNAN Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
di Shah Alam.

SHAH ALAM, SABTU, 27 Oktober, 2012: Para peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam di sini mahu pusat komersial itu dipertahankan dan terus dijadikan sebagai peneraju bagi orang Melayu memasarkan produk mereka.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui masih bersemangat waja untuk berjuang, sekali gus membuktikan masyarakat bumiputera terutamanya orang Melayu mampu maju serta sehebat bangsa lain dalam bidang perniagaan.

Seorang peniaga, Amran Yahaya, 54, berkata, tidak kira siapa pun yang mengepalai pentadbiran Kompleks PKNS itu, perjuangan pemimpin terdahulu yang mahu melihat orang Melayu diberi ruang untuk maju dalam bidang perniagaan harus diteruskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment