My Add

Sunday 28 October 2012

PKNS jual semua aset komersial?

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
 SHAH ALAM, SABTU, 27 Oktober, 2012: Bukan hanya lima, tetapi kesemua aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut adalah 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

Perkara itu didedahkan oleh satu sumber dalaman PKNS kepada Utusan Malaysia yang memaklumkan PKNS telah membuka sebuah anak syarikat bagi mengambil alih lima aset komersialnya di peringkat permulaan.

Sumber itu berkata, berdasarkan perancangan PKNS, anak syarikatnya yang dikenali sebagai Private Real Estate Company (PREC) akan mengambil alih kesemua aset komersialnya dengan alasan untuk memastikan mendapat keuntungan lebih tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment